Animated salam
animated bismillah
Thursday, 5 July 2012
Ahlan Wasahlan Ramadhan 2012
Assalamualaikum.....
Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan dipanjangkan umur untuk menyambut ramadhan yang tidak lama lagi lebih kurang seminggu dari sekarang. Ramadhan yang dirindui oleh setiap umat Islam untuk menyambutnya kerana pelbagai kelebihan pada bulan ramadhan dan tertutuplah pintu neraka, terbukalah pintu-pintu syurga. Syaitan-syaitan dirantai dan dibelenggu di dalam neraka.
Bulan ramadhan mempunyai pelbagai amalan-amalan yang di lakukan oleh seluruh umat Islam di muka bumi yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Antara amalan-amalan yang dilakukan ialah tadarus al-quran secara beramai-ramai di masjid, berbuka puasa bersama-sama untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara umat-umat Islam yang lain. Selain itu, kita juga dapat menyambut malam lailatul qadar yang penuh barakah.
Bulan ramadhan juga adalah bulan al-quran untuk kita semua dan membaca al-quran atau melakukan amalan-amalan yang lain bukan sahaja pada bulan ramadhan tetapi pada bulan-bulan lain dan menjadi kewajipan bagi kita sebagai umat Islam. Begitu hebat dan bersyukur kerana kita dilahirkan sebagai orang muslim sejak dilahirkan lagi. Sama-samalah kita bersyukur kepada Allah kerana kita dikurniakan pelbagai kelebihan dan keistimewaan sebagai umat Islam.
Di bulan ramadhan lah setiap masjid dipenuhi oleh manusia-manusia yang lain, dari bulan-bulan yang lain kerana setiap umat Islam mengerjakan solat terawih dan solat witir di masjid-masjid yang lain. Pelbagai kelebihan pada bulan ramadhan dan bersyukurlah kerana diberi kesempatan untuk menyambutnya pada tahun ini.
Ramadhan akan hadir membawa seribu rahmat untuk setiap umat Islam dan sejuta berkat, membersih hati dalam meraih Cinta Yang Maha Pencipta. Datangkan kami hari yang dirindu-rindukan bagi kami sebagai hambamu, hilangkan kegundahan hati kami saat tibanya hari penuh kemuliaan, alihkan kesibukan hati kami dari dunia penuh tipu daya dan naugilah zahir batin kami dengan cahaya dan kasih sayang-Mu. Semoga diberi peluang untuk bertemu ramadhan kali ini insyaAllah wallahua'lam.
Wassalam.
Selamat Menyambut bulan Ramadhan 2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
bagus la..
ReplyDeleteselamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak ye kak..
^_^
ok emi thanks komen kat blog akak
Delete