Mei bulan istimewa untuk kaum wanita. Bulan indah yang membicarakan tentang pengorbanan dan jasa seorang wanita yang bergelar ibu.
segala yang dilalui ibu, ibarat hitam putih kehidupannya yang disimpan dan akan dibawa sampai ke mati. Meskipun matahari tetap bersinar dan bulan terus menyapa malam tiba, itu ukuran pengorbanan ibu.
Nilai kasih seorang ibu terletak di hati kita anak-anaknya. Ibu tiada dua, hanya satu dan tiada gantinya.
Hari ibu tiba lagi. Entah sejak bila hri ibu mula diraikan, tiada catatan sejarah jelas dapat membuktikannya. Negara kita dan majoriti negara lain di dunia ini meraikan hari ibu pada ahad kedua bulan Mei. Ada juga negara yang meraikannya pada bulan lain selain Mei. Bererti hampir setiap hari ada sambutan untuk insan teritimewa ini !
Kepada seorang wanita begelar ibu, hari istimewa ini bermula sejak anak tumbuh membesar dalam kandungan lagi. Manakala bagi seorang anak, hari memperingati ibu berlaku setiap hari, sejak kita tahu melafazkan doa.
'Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku semasa aku kecil'.
Disebalik kejayaan seorang anak, pasti ada seorang ibu yang menjadi sumber inspirasi. Ibu adalah orang paling rapat dalam kehidupan seseorang individu sejak dari dalam rahim hinggalah dilahirkan dan seterusnya dibesarkan.
Dunia buat pertama kali memberikan pengalaman bermakna dalam hidup seorang anak melalui penggunaan deria anak kecil bersama bimbingan oleh ibu. Setiap detik masa, wajah ibu, bau, sentuhan sentiasa bersama. Untuk keserasian bersama ini, anak tidak akan lupa dengan jasa ibu walaupun mereka tidak menyedari mereka tidak boleh kehilangan ibu yang disayangi.
"Apabila membesar, telah melepasi gading kejayaan kepada kerjaya yang begitu stabil, ibu sentiasa menjadi pendorong baik dalam bentuk teguran, nasihat mahupun sebagai rakan sejati. Sudah pasti di sebalik kejayaan anak tidak kira jantina, ibu sebenarnya adalah sumber inspirasi kekal dalam kehidupan seseorang anak itu. Ibu menjadi contoh teladan buat mereka, ibu adalah guru kaunselor, rakan dan segala-galanya.
" Hilang ibu dari pandangan mata buat seorang anak walau seketika seolah-olah hilang tempat berteduh. Untuk itu, ibu memainkan peranan penting dalam kejayaan seorang anak itu baik yang berjaya dalam bidang akademik maupun kerjaya yang dipegang bagi kelangsungan hidup di dunianini".
Hebatnya kuasa ibu mampu membentuk peribadi dan kelakuan si anak. Persoalannya adalah di manakah kekuatan atau kelebihan seorang ibu?
Kekuatan atau kelebihan seorang ibu ialah dia mengenali anal lebih daripada orang lain. Ibu memahami apa kehendak anak apabila anak menangis, ibu memahami kegembiraan anak begitu juga kekecewaan anak. Malah ibu tahu apa yang disukai oleh anak dari segi makanan, pakaian, minuman dan lain-lain lagi berbanding dengan individu lain di samping anak. Jika ada yang mengatakn bapa juga mengenali anak. Memang benar tetapi kekuatan dan kelebihan seorang ibu disini ialah ibu adalah insan yang bertarung dan bergadai nyawa untuk membawa anak melihat dunia persekitaran setelah diizinkan oleh yang Maha berkuasa.
"Dengan kata lain, kelebihan ibu adalah jika ada soalan bagaimanakah kesakitan ketika melahirkan anak, ibulah yang pasti dapat memberi jawapan tepat. Bagi golongan bapa yang melihat ibu bersalin, susah payah ibu melahirkan anak dirasai bagaimanapun berat mata melihat berat lagi bahu yang memikul. Ibu mempunyai kelembutan dan ketegasan sendiri dalam mendidik, mengasuh dan membimbing anak.