Animated salam


animated bismillah


Saturday, 7 July 2012

Seronok ke bila ada seorang adik???

Assalamualaikum...

Mesti la seronok bila ada adik kan???  biasa la adik-beradik cuma ada 4 orang je semestinya lah tiada adik anak bongsu la katakan. Alhamdulillah dikurniakan seorang adik baru-baru ini walaupun bukan adik-beradik kandung tetapi tetap bersyukur ke hadrat Ilahi.

Tanggal 25 jun....

Baru-baru ini, baru berkenalan dengan seseorang yang digelar sebagai adik di facebook. Dia seorang yang cute, baik dan pemurah. Seronok juga bila ada adik ni macam-macam cerita diceritakan dan pelbagai pengalaman yang dikongsi bersama-sama. Itu lah lumrah kehidupan seseorang bila dikurniakan seorang adik. Pelbagai karenah dan ragam tidak kurang pula dengan kenakalannya, biasa la adik lelaki la katakan kalau tak nakal bukan lelaki la namanya kan. Dan pelbagai ilmu yang dikongsi bersama-sama, thanks adik menjadikan seorang akak yang tahu pelbagai ilmu dan lain-lainnya.



Ni la dia adik saya hehe mohd hilmi bin ismail. Belajar di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) gambang kuantan. Akak doakan semoga berjaya di dunia dan akhirat :) dan stdy rajin-rajin supaya menjadi pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat amin...

Do the best for your life  :)

Jangan nakal-nakal tau...

Take care yourself...

Ibu dan Ayah mengharapkan kejayaan dari adik ingat tu pesan akak wassalam............
                  

Thursday, 5 July 2012

Ahlan Wasahlan Ramadhan 2012


Assalamualaikum.....

Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan dipanjangkan umur untuk menyambut ramadhan yang tidak lama lagi lebih kurang seminggu dari sekarang. Ramadhan yang dirindui oleh setiap umat Islam untuk menyambutnya kerana pelbagai kelebihan pada bulan ramadhan dan tertutuplah pintu neraka, terbukalah pintu-pintu syurga. Syaitan-syaitan dirantai dan dibelenggu di dalam neraka.


Bulan ramadhan mempunyai pelbagai amalan-amalan yang di lakukan oleh seluruh umat Islam di muka bumi yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Antara amalan-amalan yang dilakukan ialah tadarus al-quran secara beramai-ramai di masjid, berbuka puasa bersama-sama untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara umat-umat Islam yang lain. Selain itu, kita juga dapat menyambut malam lailatul qadar yang penuh barakah.


Bulan ramadhan juga adalah bulan al-quran untuk kita semua dan membaca al-quran atau melakukan amalan-amalan yang lain bukan sahaja pada bulan ramadhan tetapi pada bulan-bulan lain dan menjadi kewajipan bagi kita sebagai umat Islam. Begitu hebat dan bersyukur kerana kita dilahirkan sebagai orang muslim sejak dilahirkan lagi. Sama-samalah kita bersyukur kepada Allah kerana kita dikurniakan pelbagai kelebihan dan keistimewaan sebagai umat Islam.


Di bulan ramadhan lah setiap masjid dipenuhi oleh manusia-manusia yang lain, dari bulan-bulan yang lain kerana setiap umat Islam mengerjakan solat terawih dan solat witir di masjid-masjid yang lain. Pelbagai kelebihan pada bulan ramadhan dan bersyukurlah kerana diberi kesempatan untuk menyambutnya pada tahun ini.


Ramadhan akan hadir membawa seribu rahmat untuk setiap umat Islam dan sejuta berkat, membersih hati dalam  meraih Cinta Yang Maha Pencipta. Datangkan kami hari yang dirindu-rindukan bagi kami sebagai hambamu, hilangkan kegundahan hati kami saat tibanya hari penuh kemuliaan, alihkan kesibukan hati kami dari dunia penuh tipu daya dan naugilah zahir batin kami dengan cahaya dan kasih sayang-Mu. Semoga diberi peluang untuk bertemu ramadhan kali ini insyaAllah wallahua'lam. 


Wassalam.


Selamat Menyambut bulan Ramadhan 2012.