Animated salam


animated bismillah


Saturday, 19 May 2012

Hitam Putih Kehidupan





Mei bulan istimewa untuk kaum wanita. Bulan indah yang membicarakan tentang pengorbanan dan jasa seorang wanita yang bergelar ibu.

     segala yang dilalui ibu, ibarat hitam putih kehidupannya yang disimpan dan akan dibawa sampai ke mati. Meskipun matahari tetap bersinar dan bulan terus menyapa malam tiba, itu ukuran pengorbanan ibu.

     Nilai kasih seorang ibu terletak di hati kita anak-anaknya. Ibu tiada dua, hanya satu dan tiada gantinya.








Hari ibu tiba lagi. Entah sejak bila hri ibu mula diraikan, tiada catatan sejarah jelas dapat membuktikannya. Negara kita dan majoriti negara lain di dunia ini meraikan hari ibu pada ahad kedua bulan Mei. Ada juga negara yang meraikannya pada bulan lain selain Mei. Bererti hampir setiap hari ada sambutan untuk insan teritimewa ini !


      Kepada seorang wanita begelar ibu, hari istimewa ini bermula sejak anak tumbuh membesar dalam kandungan lagi. Manakala bagi seorang anak, hari memperingati ibu berlaku setiap hari, sejak kita tahu melafazkan doa.


       'Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku semasa aku kecil'.





        Disebalik kejayaan seorang anak, pasti ada seorang ibu yang menjadi sumber inspirasi. Ibu adalah orang paling rapat dalam kehidupan seseorang individu sejak dari dalam rahim hinggalah dilahirkan dan seterusnya dibesarkan. 


         Dunia buat pertama kali memberikan pengalaman bermakna dalam hidup seorang anak melalui penggunaan deria anak kecil bersama bimbingan oleh ibu. Setiap detik masa, wajah ibu, bau, sentuhan sentiasa bersama. Untuk keserasian bersama ini, anak tidak akan lupa dengan jasa ibu walaupun mereka tidak menyedari mereka tidak boleh kehilangan ibu yang disayangi.


          "Apabila membesar, telah melepasi gading kejayaan kepada kerjaya yang begitu stabil, ibu sentiasa menjadi pendorong baik dalam bentuk teguran, nasihat mahupun sebagai rakan sejati. Sudah pasti di sebalik kejayaan anak tidak kira jantina, ibu sebenarnya adalah sumber inspirasi kekal dalam kehidupan seseorang anak itu. Ibu menjadi contoh teladan buat mereka, ibu adalah guru kaunselor, rakan dan segala-galanya.

        " Hilang ibu dari pandangan mata buat seorang anak walau seketika seolah-olah hilang tempat berteduh. Untuk itu, ibu memainkan peranan penting dalam kejayaan seorang anak itu baik yang berjaya dalam bidang akademik maupun kerjaya yang dipegang bagi kelangsungan hidup di dunianini".

        Hebatnya kuasa ibu mampu membentuk peribadi dan kelakuan si anak. Persoalannya adalah di manakah kekuatan atau kelebihan seorang ibu?

        Kekuatan atau kelebihan seorang ibu ialah dia mengenali anal lebih daripada orang lain. Ibu memahami apa kehendak anak apabila anak menangis, ibu memahami kegembiraan anak begitu juga kekecewaan anak. Malah ibu tahu apa yang disukai oleh anak dari segi makanan, pakaian, minuman dan lain-lain lagi berbanding dengan individu lain di samping anak. Jika ada yang mengatakn bapa juga mengenali anak. Memang benar tetapi kekuatan dan kelebihan seorang ibu disini ialah ibu adalah insan yang bertarung dan bergadai nyawa untuk membawa anak melihat dunia persekitaran setelah diizinkan oleh yang Maha berkuasa.

       "Dengan kata lain, kelebihan ibu adalah jika ada soalan bagaimanakah kesakitan ketika melahirkan anak, ibulah yang pasti dapat memberi jawapan tepat. Bagi golongan bapa yang melihat ibu bersalin, susah payah ibu melahirkan anak dirasai bagaimanapun berat mata melihat berat lagi bahu yang memikul. Ibu mempunyai kelembutan dan ketegasan sendiri dalam mendidik, mengasuh dan membimbing anak.

Friday, 18 May 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum....

Alhamdulillah hari semalam dah selesai belajar memandu, hari sabtu minggu depan sambung belajar lagi dan pra test JPJ. Tak lama lagi akan dapat lesen P insyaAllah jika diizinkan Oleh-Nya.



Ha kalau naak tahu di atas ni adalah gsmbar kereta Pusat Latihan Memandu Pekan di Permatang Keledang tempat saya belajar memandu.



Dan juga gambar jurulatih-jurulatih yang mengajar di PLMP Pekan yang berpengalaman dan profesional.

Jika nak  tahu lagi perkembangan saya selepas ini saya akan bercerita lagi jika diberi kesempatan lagi sekian dari saya wassalam.......






Wednesday, 16 May 2012

Pengalaman belajar memandu di PLMP Pekan

Assalamualaikum...........

Hari ini saya ingin berkongsi lagi cerita mengenai pengalaman saya pada hari semalam 16 hari bulan. 


Alhamdulillah selesai sudah pada hari semalam saya belajar memandu, kali pertama belajar memandu kereta pelbagai perasaan yang saya alami iaitu takut, kurang keyakinan, gembira dan pelbagai lagi.


Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri termasuklah diri saya sendiri. di bawah ni adalah gambar PLMP di Pekan Permatang Keledang (Nenasi) :




Disini lah saya belajar memandu pada hari semalam akan bersambung belajar pada hari esok pula.


Nak tahu dengan lebih lanjut lagi tentang saya di PLMP pada hari pertama hingga ke ujian statik, saya akan bercerita lagi pada hari pertama saya menjalani kursus KPP (Kurikulum Pendidikan Pemandu). Di bawah ini adalah gambar Dewan Afidah, dewan inilah saya menjalani kursus KPP pada hari Ahad yang lepas bersama kawan-kawan yang lain dan jurulatih-jurulatih kursus ini yang berpengalaman dan profesional.






Pelbagai urusan boleh di buat  di PLMP ini iaitu boleh berurusan mengenai insurans dan roadtax kereta yang telah tamat tempoh, boleh juga memperbaharui insurans kereta dan roadtax dan disamping itu juga PLMP Pekan boleh membuat semakan tentang saman anda (JPJ / PDRM).

Saya rasa cukuplah sampai disini dahulu cebisan dari saya pada hari ini dan akan bercerita lagi tentang saya jika diberi kesempatan lagi. Wassalam dari saya.

Tuesday, 15 May 2012

Welcome to My site

Assalamualaikum........


Alhamdulillah pada hari ini bersamaan 15 hari bulan 5 tahun 2012 masih diberikan nafas dari Allah untuk terus hidup dan masih diberi peluang untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik.


Disini saya ingin berkongsi segala cerita yang manis, pahit, duka dan suka kehidupan manusia di alam yang dijadikan dari Allah sang  pencipta yang cukup indah buat kita semua. untuk dijadikan pedoman dan pengajaran dalam kehidupan yang serba kekurangan dan juga yang sempurna adalah Allah.


Kadangkala, seseorang itu mengeluh bila diuji walaupun sedikit dan mula mengingati-Nya. Bila ditimpa musibah hati menjadi resah dan gelisah tanpa arah tujuan, itulah dinamakan sebagai Manusia yang diciptakan dari tanah yang sangat lemah. Marilah sama-sama kita renungi ke dalam diri sendiri asal usul sebenar kita yang dijadikan dari tanah dan juga dari Adam dan Hawa. Kita sangat lemah dan selalu menginginkan kekuatan dari-Nya.


Janganlah sesekali kita mengeluh bila ditimpa atau diberi sedikit ujian dari-Nya malah kita mensyukurinya kerana Allah masih menyayangi kita semua dan melihat sejauh mana kita sebagai manusia bersabar di atas segala ujian yang diberikan oleh-Nya.

Saya akhiri cerita saya pada hari ini dengan Wassalam buat semua dan akan menulis lagi jika diberikan kesempatan.