Assalamualaikum...........
Hari ini saya ingin berkongsi lagi cerita mengenai pengalaman saya pada hari semalam 16 hari bulan.
Alhamdulillah selesai sudah pada hari semalam saya belajar memandu, kali pertama belajar memandu kereta pelbagai perasaan yang saya alami iaitu takut, kurang keyakinan, gembira dan pelbagai lagi.
Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri termasuklah diri saya sendiri. di bawah ni adalah gambar PLMP di Pekan Permatang Keledang (Nenasi) :
Disini lah saya belajar memandu pada hari semalam akan bersambung belajar pada hari esok pula.
Nak tahu dengan lebih lanjut lagi tentang saya di PLMP pada hari pertama hingga ke ujian statik, saya akan bercerita lagi pada hari pertama saya menjalani kursus KPP (Kurikulum Pendidikan Pemandu). Di bawah ini adalah gambar Dewan Afidah, dewan inilah saya menjalani kursus KPP pada hari Ahad yang lepas bersama kawan-kawan yang lain dan jurulatih-jurulatih kursus ini yang berpengalaman dan profesional.
Pelbagai urusan boleh di buat di PLMP ini iaitu boleh berurusan mengenai insurans dan roadtax kereta yang telah tamat tempoh, boleh juga memperbaharui insurans kereta dan roadtax dan disamping itu juga PLMP Pekan boleh membuat semakan tentang saman anda (JPJ / PDRM).
Saya rasa cukuplah sampai disini dahulu cebisan dari saya pada hari ini dan akan bercerita lagi tentang saya jika diberi kesempatan lagi. Wassalam dari saya.

No comments:
Post a Comment